Huruf Aksara Syawi

Aksara Syawi terdiri daripada tiga jenis huruf: tinggi, dalam, dan pendek.[1] Huruf pendek ialah huruf vokal, likuida (r, l) dan sengauan; huruf tinggi (kecuali Yea ๐‘˜ dan Hung ๐‘™) adalah konsonan tanpa suara. Huruf tinggi diputarkan 180ยฐ atau diterbalikkan, dengan bahagian tinggi kini memanjang di bawah garis dasar, menjadi huruf dalam, mewakili konsonan suara padanannya (kecuali Haha ๐‘ฃ). Oleh itu, aksaranya boleh dikatakan terdapat sifat-sifat cirian .

Huruf-huruf tinggi dan dalam:
Huruf Syawi
Huruf Unikod๐‘๐‘š๐‘‘๐‘›๐‘’๐‘œ๐‘“๐‘๐‘”๐‘ž
Tatasebutan
(boleh berubah, lihat di bawah)
/p//b//t//d//k//ษก//f//v//ฮธ//รฐ/
Nama/contohpeepbibtotdeadkickgagfeevowthighthey
ย 
ย 
๐‘•๐‘Ÿ๐‘–๐‘ ๐‘—๐‘ก๐‘˜๐‘ข๐‘™๐‘ฃ
/s//z//สƒ//ส’//tสƒ//dส’//j//w//ล‹//h/
sozoosuremeasurechurchjudgeyeawoehungha-ha

Huruf-huruf pendek:
๐‘ค๐‘ฎ๐‘ฅ๐‘ฏ๐‘ฆ๐‘ฐ๐‘ง๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฒ
/l//ษน//m//n//ษช//iห//ษ›//eษช//รฆ//aษช/
lollroarmimenunifeateggageashice
ย 
๐‘ฉ๐‘ณ๐‘ช๐‘ด๐‘ซ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ถ๐‘ญ๐‘ท
/ษ™//สŒ//ษ’//oสŠ//สŠ//uห//aสŠ//ษ”ษช//ษ‘ห//ษ”ห/
adouponoakwooloozeoutoilahawe

Ligatur:
๐‘ธ๐‘น๐‘บ๐‘ป๐‘ผ๐‘ฝ๐‘พ๐‘ฟ
/ษ‘หษน//ษ”หษน~ษ”ษ™ษน//ษ›ษ™ษน//ษœหษน//ษš//ษชษ™ษน//i.ษ™//juห/
areorairerrarrayearianyew

Tiada huruf besar atau huruf kecil yang asing seperti dalam tulisan Rumi; daripada menggunakan huruf besar untuk menandai kata nama khas, sebuah "titik pengekhasan" (ยท) diletakkan sebelum kata nama khas. Semua tanda baca dan jarak kata serupa dengan ortografi lazim aksara Rumi Inggeris.[1]

Setiap huruf dalam aksara Syawi hanya memerlukan satu coret untuk ditulis pada kertas. Alat tulis hanya perlu diangkat sekali sahaja semasa menulis setiap huruf, lantas membolehkan penulisan yang lebih cepat.

Ejaan dalam Androcles mengikuti perbezaan fonemik dari Sebutan Piawai Inggeris British kecuali untuk menunjukkan "r" vokal secara jelas dengan ligatur di atas. Kebanyakan perlainan dialek sebutan bahasa Inggeris dapat dihasilkan dengan mudah dari ejaan ini, tetapi mereka yang tidak membuat perbezaan tertentu, terutama dalam huruf vokal, mendapat kesukaran untuk menghasilkan ejaan kanun secara spontan. Contohnya, kebanyakan dialek bahasa Inggeris Amerika Utara menggabungkan ๐‘ญ /ษ‘ห/ dan ๐‘ช /ษ’/ (penggabungan father-bother). Bahasa Inggeris Kanada, serta banyak dialek bahasa Inggeris Amerika Syarikat (terutama di barat dan berhampiran sempadan Kanada-AS), juga menggabungkan fonem ini dengan ๐‘ท /ษ”ห/, yang dikenali sebagai penggabungan cot-caught. Di samping itu, beberapa dialek bahasa Inggeris Amerika Syarikat menggabungkan ๐‘ง /ษ›/ dan ๐‘ฆ /ษช/ sebelum hentian sengauan (penggabungan pin-pen).

Tiada penanda untuk menunjukkan tekanan kata; namun, dalam kebanyakan kes, pengurangan huruf vokal yang tidak ditekan sudah cukup untuk membezakan pasangan kata yang dibezakan hanya dengan tekanan dalam wacana lisan. Contohnya, kata nama convict /หˆkษ’nvษชkt/ dan kata kerja convict /kษ™nหˆvษชkt/ boleh dieja sebagai ๐‘’๐‘ช๐‘ฏ๐‘๐‘ฆ๐‘’๐‘‘ dan ๐‘’๐‘ฉ๐‘ฏ๐‘๐‘ฆ๐‘’๐‘‘ masing-masingnya.

Tambahan pula, kekata lazim yang tertentu akan disingkatkan menjadi huruf tunggal. Perkataan the (๐‘ž), of (๐‘), and (๐‘ฏ), to (๐‘‘), dan kerap for (๐‘“) ditulis dengan huruf tunggal seperti yang ditunjukkan.